MASALAH AIRCOND KERETA ANDA TAK SEJUK
Sedia maklum cuaca dekat Malaysia ni, panas terik dan hujan, dua situasi ni dah cukup untuk kita tahu dan faham bahawa kita memang sangat-sangat memerlukan aircond yang sejuk semasa kita drive kereta, betul tak?
Situasi anak merengek kepanasan, berpeluh macam main bola waktu drive dan sebagainya ramai yang dah lalu, pun begitu masih ramai juga yang belum alami lagi.
Yang belum tu, elok baca kejap perkongsian kami kali ni tentang masalah-masalah dan punca-punca yang sebabkan aircond kereta tak sejuk.
PUNCA YANG SEBABKAN AIRCOND KERETA KORANG TAK SEJUK
Di sini ada beberapa punca-punca masalah aircond kereta tidak sejuk terjadi tetapi kebiasaanya ialah :
- compressor tak berfungsi
- condenser fan rosak
- filter drier kotor tersumbat
- expansion valve rosak
- cooling coil terlalu kotor
- gas aircond bocor
1. COMPRESSOR TAK BERFUNGSI
Komponen yang sangat penting dalam sistem aircond kereta. Kegagalan berfungsi dengan baik akan sebabkan aircond kereta tak sejuk atau terus langsung tak sejuk.
Kos yang tinggi diperlukan jika terpaksa menukar compressor baru original.
Tapi jangan panik, boleh baca dulu pasal 6 perkara yang boleh check sendiri sebelum proceed untuk tukar compressor dekat sini.
2. CONDENSER FAN ROSAK
Kipas condenser ni berfungsi membantu menurunkan suhu dan tekanan sistem aircond, supaya gas R134a dapat bertukar menjadi liquid dekat condenser.
Salah satu symptom bila condenser fan rosak ni, bila jalan sejuk, tapi bila berhenti aircond jadi panas.
Boleh lakukan “visual checking” dulu. Sangat mudah, buka bonet depan, tengok kipas condenser ni pusing atau tak.
Kalau tak pusing, besar kemungkinan fuse putus, atau relay dah rosak atau motor fan dah rosak.
3. FILTER DRIER KOTOR TERSUMBAT
Masalah aircond kereta – Tekanan sistem aircond boleh naik sangat tinggi bila masalah filter drier tersumbat.
Disebabkan tak buat servis tukar filter drier baru secara berkala, sistem aircond sangat berisiko tinggi untuk tersumbat.
Bila tekanan terlalu tinggi melebihi spesifikasi, aircond kereta pasti tak sejuk.
Nak kenal filter drier ni lebih lanjut? Boleh baca dekat sini.
INFO ANGGARAN HARGA? KLIK BUTTON BAWAH NI
4. EXPANSION VALVE ROSAK
Masalah aircond kereta yang kerap jadi dekat valve ni adalah stuck open ataupun stuck closed.
Dah tentu masalah ni berlaku bila ada bendasing atau kotoran yang dah masuk ke dalam valve dan menyebabkan ia rosak.
Aircond memang tak akan sejuk dan masalah boleh beri kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta.
5. COOLING COIL TERLALU KOTOR
Perasan tak angin blower macam tak lepas je kalau masalah ni jadi. Bunyik blower kuat, tapi angin, alahai ciput je.
Risiko masalah ni berlaku akan kurang kalau kita jaga servis cabin filter dan servis blower fan yang ada dekat belakang glove box sebelah penumpang depan tu.
Pastikan cabin filter dan blower fan tu sentiasa bersih ye. Oh ada cerita sikit pasal komponen aircond kereta dekat sini.
Sila baca kejap, boleh tambah pengetahuan tentang sistem aircond kereta.
6. GAS AIRCOND BOCOR
Masalah ni paling banyak kami terima dekat ACS. Sini bocor lah, sana bocor lah. Dan rata-rata yang datang, dia orang cakap dah 2,3 kali topup-topup gas ni.
Ish-ish bahaya sebenarnya kalau masalah bocor gas ni biarkan. Tahu tak? Minyak compressor pun ikut keluar sekali tau dekat tempat yang bocor tu.
Bila minyak compressor dah kurang, kan boleh rosakkan compressor jugak. Ada kes yang jadi, bila dah repair masalah bocor, compressor pulak beri reading pressure tak cun, sebab compression dah loose akibat sebelum ni kan masalah bocor dan minyak compressor kurang.
Adus kena keluar belanja tukar compressor pulak. Sebelum masalah ni berlaku, jom baca sikit pasal minyak compressor dekat sini.
PESANAN UNTUK SEMUA
Kurangkan risiko segala masalah aircond kereta dengan jaga servis dan buat servis flushing untuk tukar minyak compressor secara berkala setiap 30,000 km ataupun setahun sekali. Sebab apa kena buat servis ni? Sebab minyak compressor aircond tu sangat penting. Boleh baca lagi sambungan dekat sini.
Terima kasih kerana memberi sokongan kepada ACS, kami akan tetap teruskan berkongsi ilmu dan tips tentang sistem aircond kepada semua. Sekian terima kasih.
LOKASI ACS DEKAT MANA??
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis