BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni?
Jawapannya??
Buat servis aircond kereta ni secara berkala ya. Setiap 30,000KM ataupun setahun sekali.
Kenapa 30,000KM?
Kenapa bukan setiap 8,000KM? atau 80,000KM? Kenapa kena 30,000KM?
Minyak compressor ni direka engineer untuk lubricate sistem aircond terutamanya bahagian dalaman compressor. ( rujuk sini untuk 5 fungsi UTAMA minyak compressor )
Seperti enjin kereta, compressor aircond menggunakan minyak untuk lubricate, di mana pada masa tertentu minyak tersebut akan hilang fungsi dan kurang efisyen untuk melincirkan operasi kerja, lalu kita perlu tukar kepada minyak yang baru.
Sama juga ceritanya dengan sistem aircond, atas sebab di atas, prestasi operasi kerja compressor aircond dapat di optimumkan apabila minyaknya ditukar setiap 30,000km. Dan ini jugak adalah atas rekomendasi dari engineer atau pengilang pembuat kereta.
Cuba kita bayangkan kalau minyak enjin kita tak tukar 100,000km? Apa yang akan jadi? Anda rasa?
Ceritanya lebih kurang sama dengan sistem aircond kereta. Akan mengalami kerosakan yang teruk jugak.
NAK TAU SERVIS AIRCOND KERETA NI MACAM MANA?
TANGGAPAN SALAH?
Kami nak tekankan, ramai orang kita ni, tak tau dekat dalam compressor aircond ada minyak yang perlu diservis. (tukar)
Rata-rata beranggapan selagi aircond sejuk ni tak perlu buat apa-apa.
“Jangan dikacaunya apa-apa aircond keta kau tu, kang nanti rosak!” Tanggapan ni salah sebenarnya. Tak elok untuk kesihatan sistem aircond.
Perkara ni ACS sentiasa juangkan untuk beri awareness tentang perlunya kita buat servis aircond kereta dikala aircond masih sejuk.
Bukan bila dah ada masalah tak sejuk atau kurang sejuk, baru nak buat servis.
Langkah macam ni adalah kurang tepat kerana bila kita ada masalah kurang sejuk, tu adalah petanda ada masalah dah mula berlaku.
Contohnya seperti compressor loose compression dan sebagainya. ( rujuk di sini )
Jadi tindakan buat servis adalah tidak wajar pada ketika ni.
Langkah pertama yang perlu dibuat adalah check ( rujuk di sini ) dan kenalpasti dulu apa masalah yang sedang berlaku.
Selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu dan selepas tu barulah kita boleh buat servis aircond.
APA YANG AKAN JADI?
Sebagai contoh, sekarang aircond tak sejuk. Tak buat buat check dulu, kita terus buat servis. Siap buat servis je ingatkan aircond jadi sejuk..
Tapi aircond tak jugak sejuk. Alamak! Kenapa ni??
“La patutlah tak sejuk.. kipas condenser ni hah dah tak pusing.. memanglah tak sejuk.”
“Awat tadi hang tak check dulu? Lepas dah tau masalah sebenar, baru lah boleh decide apa yang patut buat.. Tak gitu?”
“Betul,betul,betul” katanya Upin Ipin kepada atuknya.
Langkah yang tepat seperti contoh dekat atas ni..
1. Check dulu.
2. Selesaikan masalah yang ada.
3. Masalah selesai baru boleh buat servis.
No more pening-pening tuan-tuan, puan_puan.
SILA TONTON VIDEO YANG TAK BERAPA NAK KELAKAR NI
LOKASI ACS DEKAT MANA?
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan indah. Sebelum sampai
4 Cawangan ACS Car Service
4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a