bangunan acs
PAKAR AIRCOND KERETA
4.5 Rating
4.5/5

Aircond Kereta Anda Perlu Servis Atau Repair?

Semua masalah aircond yang akan kami kongsikan ni berisiko tinggi untuk berlaku sekiranya servis berkala untuk sistem aircond kereta korang diabaikan. Rata-rata masalah aircond yang datang ke ACS berpunca dari kegagalan fungsi minyak compressor. Ramai yang masih tak tahu bahawa terdapat minyak yang berfungsi sebagai pelincir berada dekat dalam compressor aircond. Kesudahannya, belanja besar dibuatnya.Korang boleh baca kejap pasal kepentingan minyak compressor dekat sini.

Untuk pengetahuan korang, kalau ada masalah dalam sistem aircond, kita tak boleh buat servis lagi. Langkah yang pertama yang perlu buat adalah periksa dan kenal pasti masalah sebenar yang sedang berlaku. Sebaik selepas masalah sebenar diselesaikan, barulah boleh kita teruskan untuk kerja servis sistem aircond. Kalau korang tak selesaikan masalah yang ada dulu, terus buat servis, alamatnya aircond kereta korang gagal berfungsi dengan baik dan masalah yang ada tetap berulang. Nanti korang boleh baca pasal servis flushing aircond dan manfaatnya dekat sini pulak.

ANTARA MASALAH AIRCOND KERETA YANG KERAP KAMI TERIMA DEKAT ACS

• Cooling Coil Bocor
• Condenser Bocor (Condenser Leakage)
• Compressor Rosak
• Compressor Aircond Belt Putus
• Masalah Termostat Di Panel Dashboard
• Filter Drier Atau Expansion Valve Tersumbat 
• Angin Blower Tak Kuat 

Jadi, nasihat kami pastikan minyak compressor untuk sistem aircond kereta korang ditukar baru setiap 30,000km atau setahun sekali. Bukan topup-topup ye, tukar baru tau. Filter drier juga jadikan kewajiban untuk tukarkan sekali masa buat servis flushing tu. Bagi model-model kereta yang baru, pastikan cabin filter yang terletak di belakang glove box penumpang depan tu sentiasa bersih. Kalau cabin filter ni kotor, angin blower susah nak lepas, jadi kurang sejuk aircond korang. Lagi satu, cabin filter terlalu kotor ni jugak bahaya untuk kesihatan. Bila dah kotor sangat tukar je yang baru.

Moga perkongsian kami ni dapat berikan korang kefahaman tentang pentingnya penjagaan sistem aircond kereta. Nak baca lagi? Nah cerita pasal bunyik compressor pulak.

TONTON VIDEO KAMI

LOKASI ACS DEKAT MANA?

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting

Read More »

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.

Read More »

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis

Read More »

4 Cawangan ACS Car Service

4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih

Read More »

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a

Read More »
mannol banner desktop