JANGAN SET SUHU AIRCOND SEJUK MAKSIMUM, NANTI AIRCOND BOLEH ROSAK. BETUL KE??
Ramai yang masih beranggapan kalau kita set suhu tu maksimum sejuk nanti aircond akan rosak atau gas akan habis. Dan untuk pengetahuan semua tanggapan ni adalah salah.
Sistem aircond kereta ni terdiri daripada satu sistem yang tertutup atau dipanggil closed loop system. Jika tidak ada masalah kebocoran, gas yang berada dekat dalam sistem tak akan berkurangan.
Dan jika sistem aircond kereta ni di servis secara berkala, risiko untuk sistem aircond rosak pun akan berkurangan.
Jadi tidak ada apa-apa masalah sebenarnya untuk kita set suhu aircond tersebut kepada maksimum sejuk.
Bayangkan tengah drive waktu tengahari kita set suhu ni separuh je. Berpeluh lencun badan kita ni.
FUNGSI KOMPONEN YANG TERLIBAT
Dalam sistem aircond yang normal, walaupun kita set maksimum sejuk pun, compressor tetap akan ada cut-off. Perkara ini dikawal oleh dua komponen yang terlibat berfungsi mengawal suhu yang kita mahukan.
Komponen tersebut bekerja untuk memberi signal cut off kepada compressor sewaktu suhu yang dilaras telah dicapai.
Dan apabila suhu meningkat lebih dari yang dilaraskan, komponen ni akan menghantar signal cut in semula kepada compressor.
Nama komponen yang terlibat ni adalah control panel dan thermistor.
JENIS THERMISTOR
Terdapat beberapa jenis thermistor yang telah dan sedang digunakan dalam sistem aircond kereta. Ada yang jenis digital. Ada yang jenis besi dan plastik.
DI MANA LETAKNYA THERMISTOR NI?
Thermistor ni letaknya bersama-sama dengan cooling coil. Seperti dalam gambar di bawah ni, thermistor diletakkan rapat supaya dapat mengesan perubahan suhu yang berlaku di cooling coil.
Tetapi ada juga jenis thermistor yang digunakan terletak tidak rapat dengan cooling coil. Jenis yang ni, engineer design letak pada casing cooling coil.
TIPS UNTUK AIRCOND SENTIASA SEJUK DAN TAHAN LAMA
Untuk pastikan aircond kereta sentiasa sejuk perkara yang harus di ambil berat adalah jaga servis dan lakukan pemeriksaan secara berkala.
Amalan topup minyak compressor boleh meninggalkan kesan buruk kerana minyak baru bercampur dengan minyak yang lama menyebabkan minyak tersebut kurang efisyen.
Selain tu juga, topup minyak compressor boleh mengakibatkan masalah sistem aircond tersumbat kerana terdapat lebihan minyak yang melebihi spesifikasi.
Sebelum ni kami ada kongsikan cerita tentang servis flushing tukar minyak compressor. Kami kongsikan apa perkara yang berlaku, apa manfaat dan kebaikan servis flushing dan juga bila seharusnya servis flushing ni dibuat. Bacaan lanjut boleh klik di sini.
Sekian, terima kasih.
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis