KEPENTINGAN MINYAK COMPRESSOR AIRCOND KERETA
Minyak compressor aircond adalah sangat-sangat penting. Perkara ni boleh kami katakan hampir 90% pelanggan kami di ACS Car Service tak tahu langsung bahawa terdapatnya minyak di dalam compressor aircond.
Untuk perkongsian kali ni, kita bercerita tentang minyak compressor aircond dan fungsi-fungsi utama yang sepatutnya ada pada setiap minyak tersebut.
FUNGSI UTAMA
1. LUBRICATE
Fungsi yang pertama adalah LUBRICATE (melincirkan). Kenapa kena lubricate? Untuk mengurangkan geseran di dalam compressor.
Bayangkan jika komponen seperti compressor aircond yang bergerak dan berpusing laju mengikut kelajuan enjin, tapi langsung tiada pelincir? Boleh jammed melekat jawabnya.
Senang cerita, compressor aircond ni macam enjin kereta juga. Enjin kereta ada minyak pelincir, compressor aircond pun ada minyak pelincir. Minyak compressor ni bila dah sampai waktu nya memang wajib diservis dan ditukar minyak baru.
Servis flushing tukar minyak compressor ni dapat kurangkan risiko kerosakan aircond compressor yang boleh cecah ribuan ringgi kosnya. Ha pening tu..
2. PROTECT
Fungsi yang kedua ialah PROTECT atau melindungi. Bila pelinciran sangat bagus, komponen dalaman compressor akan terlindung dan terselamat dari kerosakan ataupun geseran yang melampau.
Engineer telah reka dan uji yang setiap compressor aircond ni berupaya menahan tekanan tinggi dan kepanasan yang terhasil pada keadaan ekstrem dalam tempoh masa tertentu.
Jadi bila kita buat servis secara berkala, tak perlu risau sangat sebab risiko kerosakan telah berkurang dan komponen-komponen sistem aircond ni dapat bertahan lama dan bekerja dengan efisyen.
3. CLEAN
Fungsi yang ketiga ialah CLEAN ataupun membersihkan. Apa maksud membersihkan ni?
Kotoran dan habuk halus yang terhasil dari compressor aircond akan dibawa terus ke filter drier atau receiver drier. Pastikan minyak compressor ni ditukar mengikut spesifikasi pengeluar kereta sewaktu buat servis aircond supaya komponen dalaman compressor bersih dan tidak bergeser teruk.
Kalau guna minyak yang tak ikut spec, compressor running kurang efisyen dan kasar operasinya. Bahaya! Dan seeloknya filter drier pun ditukarkan sekali sewaktu buat servis aircond. Bacaan lanjut tentang filter drier ada di sini.
4. COOL
Kita masuk fungsi yang ke-empat pula. COOL ataupun menyejukkan.
Sistem aircond kereta ni bekerja dalam tekanan dan kepanasan yang sangat tinggi. Lagi-lagi compressor aircond tu, dia pusing ikut kelajuan enjin.
Makin laju kereta bergerak, makin laju lah compressor tu berpusing. Jadi tekanan dan haba yang terhasil adalah sangat tinggi.
Oleh yang demikian, minyak compressor ni bertindak sebagai penyerap haba dan membawa haba panas yang melampau ni ke condenser untuk diturunkan suhu kerja sistem aircond ni.
Sila baca lanjut tentang operasi dan komponen aircond kereta di sini.
5. SEAL
Fungsi terakhir minyak compressor aircond.. SEAL – SEALER ataupun pengedap.
Kehadiran minyak compressor yang bersih dan baru ni dapat menjadikan compressor menghasilkan lebih mampatan dan tekanan yang terhasil adalah sangat kuat. Sistem aircond kereta ni memerlukan tekanan untuk menjadikan gas bertukar kepada cecair.
AKHIR KATA
Minyak compressor ni berfungsi dengan efisyen pada tempoh masa yang tertentu. Sampai masa, minyak ni perlu diservis dan ditukar baru supaya minyak yang ada untuk sistem aircond ni sentiasa bekerja dengan lancar dan efisyen.
Risiko kerosakan pun boleh dikurangkan. Bayangkan apa enjin akan jadi bila minyak enjin lebih 30,000 km tak pernah ditukar baru? Boleh rosak tau enjin tu. Sama juga la macam sistem aircond.
Kami nasihatkan supaya servis flushing untuk tukar minyak compressor aircond ni dibuat dan dilakukan secara berkala. Iaitu setiap 30,000 km ataupun setahun sekali.
Jadi nak tukar minyak compressor ni macam mana? Untuk info lebih lanjut tentang servis flushing tukar minyak compressor ni teruskan membaca di sini.
TONTON VIDEO KAMI
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis