sERVIS AIRCOND KERETA - FLUSHING SERVIS GUNA MACHINE KHAS
APA YANG DILAKUKAN OLEH MESIN FLUSHING NI?
- Singkirkan dan buang minyak compressor yang lama daripada sistem aircond kereta.
- Mesin flushing aircond kereta ni sungguh istimewa dan canggih kerana boleh lakukan proses flushing tanpa buka sebarang skru pada compressor aircond.
- Mencuci sistem dalaman aircond kereta daripada kotoran ringan.
- Tiada langsung penggunaan chemical yang boleh merosakkan sistem aircond.
Kenapa Perlu Buat Servis Flushing Aircond Kereta?
Memanjangkan Hayat Compressor Aircond Kereta
Compressor aircond kereta akan berada dalam keadaan yang baik dan menjimatkan kos kerana risiko kerosakan compressor untuk rosak sangat rendah. Sebab minyak compressor sentiasa ditukar baru bila tiba masanya. Jadi hayat compressor panjang dan tahan lama.
Mengelakkan Minyak Compressor Menjadi Asid
Fungsi lain servis flushing aircond kereta adalah untuk mengelakkan minyak compressor menjadi asid yang boleh menghakis dan menyebabkan masalah kebocoran gas berlaku.
Ada kes yang berlaku, minyak compressor ikut keluar sekali di bahagian cooling coil (bocor) dan minyak compressor tersebut ‘menyerang’ polystrene yang menutup cooling coil terebut. Polystrene tu cair terhakis dan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Baca lagi di sini.
Aircond Kereta Akan Cepat Sejuk
Yang paling penting adalah aircond cepat sejuk walaupun parkir di bawah tempat panas. Ini adalah disebabkan sistem aircond bekerja dengan lancar.
Tekanan di high dan low side mengikut spesifikasi tanpa ada masalah yang mengganggu keseluruhan sistem aircond. Proses dan macam mana nak buat servis flushing aircond ada di sini.
BILA PERLU BUAT SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA?
Setiap 30,000KM @ Setahun sekali
Servis Aircond Kereta Secara Berkala
APA YANG TERMASUK DALAM PAKEJ SERVIS FLUSHING SISTEM AIRCOND?
- Diagnose / Inspection.
- Flushing buang minyak lama menggunakan machine aircond khas.
- Tukar filter drier jika perlu.
- Tukar expansion valve jika perlu.
- Inject minyak compressor baru ke dalam compressor aircond kereta anda.
- Deep vacuum untuk singkirkan segala moisture (kelembapan).
- Vacuum leak test sebelum gas R134a dimasukkan.
- Gas R134a dimasukkan mengikut spesifikasi.
LOKASI ACS DEKAT MANA??
TONTON VIDEO KAMI
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis