bangunan acs
PAKAR AIRCOND KERETA
4.5 Rating
4.5/5

2 CARA RINGKAS UNTUK CHECK MASALAH AIRCOND KERETA

Cara ringkas tersebut adalah visual checking iaitu pemeriksaan hanya menggunakan mata. Dan yang kedua adalah pemeriksaan menggunakan aircond manifold gauge.

1. CHECK SECARA VISUAL CHECKING

Apa yang penting di sini adalah perlu ada pengetahuan tentang komponen-komponen yang di gunakan dalam sistem aircond kereta.

Pemeriksaan hanya menggunakan mata sebagai alat membantu mengesan masalah.

Contoh masalah yang boleh kita nampak dengan mata kasar adalah seperti berikut :

acs-car-service-visual-checking
Tak perlu guna kanta pembesar, bukan nak check kuman. Haha

A. Masalah fuse putus

Komponen yang terlibat di dalam sistem aircond yang menggunakan fuse adalah compressor, fan motor (condenser & blower)

Jika fuse putus maka komponen tersebut di atas tidak akan berfungsi. Hanya gunakan mata untuk lihat fuse putus atau tidak.

fuse-putus-acs-car-service
Keadaan fuse yang telah putus adalah di sebelah kanan.

B. Relay Rosak Terbakar

Biasanya dekat kotak fius di bahagian enjin ada letaknya segala fuse dan relay.

Di situ, dengan visual checking kita boleh lihat jika terdapat relay yang mengalami kerosakan seperti cair terbakar.

car-aircond-service-acs67
Pakej datang cair dan bau busuk plastik terbakar.

C. Magnet Set Compressor Rosak

Boleh visual checking di bahagian pulley compressor untuk lihat sama ada terdapat kerosakan pada clutch magnet set compressor.

car-aircond-service-acs
Getah pada clutch magnet yang dah cair.

D. Belting Aircond Putus

Sewaktu check clutch magnet set compressor tu, boleh lihat juga kondisi belting yang memusingkan compressor.

Jika sudah putus, pastikan check dan kenalpasti punca belt tersebut putus.

Compressor aircond yang mengalami masalah jammed melekat boleh menyebabkan belting putus.

acs-car-service-belt-crack
Keadaan belt yang telah crack dan menunggu masa untuk putus!

E. Condenser fan tak pusing

Di bahagian condenser sama ada depan atau belakang pasti ada fan motor yang diletakkan bersama.

Pastikan dan lihat condenser fan harus pusing dengan laju untuk menyejukkan condenser membantu proses kondensasi.

Kegagalan condenser fan pusing dengan laju boleh menyebabkan aircond tak sejuk.

Contoh kipas condenser dalam video di atas.

F. Kebocoran Gas

Masalah kebocoran gas aircond ni boleh kita lihat dengan mata kasar. 

Cerita bagaimana keadaan kawasan komponen yang bocor tu ada kami kongsikan di sini.

acs-car-service-99
Compressor aircond yang mengalami masalah bocor gas.

2. CHECK GUNA AIRCOND MANIFOLD GAUGE

Dengan menggunakan aircond manifold gauge, proses kenal pasti masalah yang berlaku lebih mudah. Boleh dapatkan nilai bacaan tekanan seterusnya boleh confirmkan masalah sebenar.

acs-car-service-manifold-gauge
Gunakan kedua-dua meter sewaktu check masalah aircond.

A. Low & High Pressure Reading.

Kedua-dua meter tekanan yang berwarna biru dan merah ni sangat penting dan kita perlu faham bagaimana ia berfungsi dan bagaimana cara untuk membaca.

Merah untuk high pressure side dan biru pula untuk low pressure side.

Kami akan kongsikan cerita tentang meter ni di video perkongsian akan datang. Tunggu ya.

B. Kehadiran Gas

Aircond manifold gauge ni membantu kita untuk menilai berapa banyak gas yang ada di dalam sistem aircond kereta.

acs-car-service-R1234yf
R1234yf gas baru.

PANDANGAN KAMI

Dapatkan pemeriksaan masalah aircond kereta anda di bengkel-bengkel atau kedai yang mahir dalam servis atau baik pulih sistem aircond.

Lebih 70% bengkel kereta tak berapa mahir dalam membaca tekanan sistem aircond ni.

Jadi anda sebenarnya boleh buat sedikit kajian atau survey tentang hal ini sebelum membuat keputusan.

servis-aircond-kereta-acs25
Buat servis flushing tukar minyak compressor untuk jadikan aircond sentiasa sejuk.

Pastikan sistem aircond kereta anda diperiksa betul-betul sebelum mulakan kerja servis atau repair.

Untuk info lanjut tentang servis flushing tukar minyak compressor boleh sambung membaca di sini ye.

Sekian, terima kasih.

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting

Read More »

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.

Read More »

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis

Read More »

4 Cawangan ACS Car Service

4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih

Read More »

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a

Read More »
mannol banner desktop