3 PERBEZAAN SISTEM AIRCOND MYVI OLD MODEL DAN MYVI LAGI BEST
1. COMPRESSOR UPGRADE
Perbezaan pertama yang ketara adalah compressor myvi lagi best lebih besar dan panjang sikit.
Compressor masil kekal jenama Denso, tetapi ia adalah lebih kuat dan berkesan disebabkan naik taraf ni dapat menampung load tekanan dan panas semasa bekerja memampatkan gas.
Compressor myvi lagi best adalah dari jenis piston type, berbeza dengan myvi old model yang menggunakan compressor jenis rotary type. Piston type adalah lebih lasak, kuat, dan padu!
Compressor myvi lagi best boleh digunakan pada myvi model myvi yang lama. Plug and play.
Oh ya, kalau sedang alami masalah bunyik kuat masa on aircond boleh baca kejap dekat sini. Segera buat pemeriksaan supaya masalah bunyik tu tak bertambah teruk.
2. CONDENSER SPAN UPGRADE
Perbezan yang kedua pula kita dapat lihat span condenser di naik taraf pakai plastic. Dahulunya pakai span ,terlalu mudah mereput dan boleh tertanggal disebabkan hanya menggunakan gam sebagai pelekat di condenser.
Tetapi kini selepas menggunakan plastik sebagai cover, ianya tak mudah nak luruh atau rosak kecuali accident, maka ia akan pecah.
Jadi kepanasan dari exhaust kurang masuk dan lalu ke condenser sewaktu berhenti atau redah jem , cover plastik untuk condenser ini dapat maintain pressure dengan hensem dan cemerlang.
Dekat condenser ni jugak ada filter yang penting di letakkan bersama. Cerita tentang filter drier kami kongsikan dekat sini.
Oh ya cover plastik ni tidak ada keluar untuk myvi model lama. Anda perlu gantikan span yang baru jika span yang ada sudah luruh tertanggal.
3. CONDENSER UPGRADE
Perbezan yang terakhir, laluan untuk proses kondensasi berlaku berbeza. Condenser myvi lagi best mempunyai laluan yang lebih banyak berbanding dengan model myvi yang lama.
Dekat condenser yang baru ni, proses gas R134a bertukar kepada cecair lebih efisyen. Jadi hasilnya mantap bossku!
Untuk tahu lebih lanjut tentang kondensasi dalam sistem aircond, kami ada kongsikan cerita tu dekat sini.
Tapi apa pun, untuk kekalkan performance dan kesejukkan aircond kereta, servis untuk sistem aircond dan tukar minyak compressor secara berkala perlulah di ambil berat.
Servis penukaran minyak compressor ni menggunakan mesin aircond khas ( flushing )
Servis ini dilakukan secara berkala, pada setiap kali mencapai 30,000km perjalanan ataupun setahun sekali.
Info lanjut tentang manfaat dan bagaimana servis flushing ni berlaku ada di sini.
Condenser jenis seperti myvi lagi best boleh digunakan pada myvi model lama.
LOKASI ACS DEKAT MANA??
TONTON VIDEO ACS!
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan indah. Sebelum sampai
4 Cawangan ACS Car Service
4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a