FILTER DRIER @ RECEIVER DRIER
Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cerita tentang komponen sistem aircond kereta iaitu filter drier atau nama lain nya receiver drier dan fungsi utama filter drier tersebut.Teruskan membaca.
FUNGSI FILTER DRIER
Kalau kita translate ke nama melayunya ialah penapis kering.
Yeahh apa yang penting filter drier ni tuan-puan? Ok macam ni, bayangkan yang compressor aircond ni seperti enjin kereta. Di dalam enjin kereta kan ada minyak pelincir. Dan, pada setiap enjin mesti ada satu komponen yang bekerja sebagai penapis kotoran. Komponen ini di panggil oil filter. Jadi filter drier ni pun fungsinya lebih kurang macam oil filter juga, iaitu menapis kotoran, habuk halus besi hasil geseran, dan juga menapis lembapan dalam sistem aircond kereta.
Boleh dikatakan 90% orang dalam masyarakat kita ni masih tak tahu dalam filter drier ni ada bahan yang namanya “DESICCANT“
Desiccant ni juga berfungsi memerangkap lembapan dan kotoran dalam sistem aircond kereta.
Sebelum ni ACS pernah share pasal kenapa kita kena servis aircond walaupunn masih sejuk. Apa kepentingan servis aircond ni. Untuk pengetahuan kita semua, filter drier diharuskan tukar baru bila servis aircond dilakukan. Jemput baca lanjut tentang servis ni dekat sini ye.
KENAPA ADA KOTORAN DALAM SISTEM AIRCOND?
Di dalam sistem aircond kereta akan terhasil habuk dan kotoran halus bila dah lama kita gunakan aircond. Dan kotoran ni adalah hasil daripada geseran komponen dalaman compressor aircond kereta.
Jadi kotoran dan habuk halus ni akan ikut berpusing ke seluruh sistem. Maka untuk menapis kotoran ni, filter drier telah diletakkan di sebelah condenser atau selepas condenser.
Habiskan baca bab ni, nanti boleh sambung baca pasal komponen utama dalam sistem aircond kereta dekat sini.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA ADA LEMBAPAN @ MOISTURE DALAM SISTEM AIRCOND?
Ok tak ramai tau tentang hal ni. Perasan tak, ada sesetengah bengkel akan lakukan proses vacuum sebelum masukkan gas aircond. Dan ada juga sesetengah bengkel tu langsung tak ada buat proses vacuum dan terus masukkan gas je.
Moisture @ lembapan ni sangat tak bagus dalam sistem aircond kereta sebenarnya.
Sebabnya benda ni akan bertindak balas dengan gas dan minyak compressor lalu menyebabkan minyak compressor bertukar sifat menjadi acidic iaitu asid yang menghakis.
Jadi fungsi utama minyak compressor akan hilang bila minyak compressor ni menjadi acidic.BACA DISINI TENTANG KEPENTINGAN MINYAK COMPRESSOR AIRCOND
Dah tentu juga banyak aircond parts akan mengalami masalah bocor gas dan risiko compressor aircond rosak pun sangat tinggi. Ye lah minyak dan jadi asid kan.
Kongsikan artikel ini supaya kawan-kawan anda tahu tentang tips dan kepentingan menjaga sistem aircond kereta. Terima kasih!
TONTON VIDEO KAMI
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis