bangunan acs
PAKAR AIRCOND KERETA
4.5 Rating
4.5/5

7 KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM AIRCOND KERETA

Semua pemilik kereta wajib ambil tahu. Tak dapat banyak tak apa, dapat sikit pun jadi lah. Ok jom kita mulakan cerita.

Untuk pengetahuan semua dalam sistem aircond kereta ni terdiri daripada 7 komponen utama. Dan komponen ni ada service schedule yang perlu dilakukan bila dah sampai masanya. Sebelum ni kami ada kongsikan tentang service schedule sistem aircond kereta. Nanti boleh baca di sini.

car-aircond-service-acs756
Gambarajah ringkas sistem aircond kereta.

NAMA KOMPONEN

1. Compressor
2. Condenser
3. Condenser Fan 
4. Expansion Valve
5. Cooling coil @ Evaporator
6. Blower Fan
7. Hoses & Pipes

COMPRESSOR

compressor-aircond-kereta

Komponen yang pertama. COMPRESSOR. Nama melayu dia pemampat. Bekerja dengan menggunakan belt untuk mendapatkan daya pusingan dari enjin.

Terdapat beberapa jenis compressor. Antaranya rotary dan piston. Ada yang jenis guna magnet. Ada juga yang tak guna magnet, guna control valve. Dekat sini yang penting untuk kita semua tau, bagaiman rupa compressor ni dan tugasnya.

filter-drier-acs-8
Tukar minyak compressor secara berkala untuk elakkan kerosakan teruk di kemudian hari.

Compressor ni bertugas memampatkan gas supaya tekanan dan suhu gas tu menjadi sangat tinggi dan bila suhu dan tekanan telah tinggi, gas tadi dapat bertukar menjadi cecair di condenser. Waktu ni berlakunya proses yang dipanggil kondensasi. Nanti dah habis baca, boleh baca yang ni pulak, apa yang perlu check dulu sebelum proceed tukar compressor.

CONDENSER

Condenser datang dengan pelbagai saiz. Bergantung kepada model kereta.

Komponen yang kedua pula, CONDENSER ataupun nama lain yang tak berapa lain pun, KONDENSER. Ok untuk pengetahuan semua, di sini lah proses kondensasi berlaku.

CONDENSATION @ KONDENSASI

Kondensasi atau nama sains melayu dia, pengeluwapan. Pengeluwapan ni berlaku bila suhu udara panas meningkat kemudian menyejukkan secara drastik, suhu udara panas tadi tu pun akan turun secara drastik.

Dan situasi ni membuatkan udara tu hilang keupayaan untuk memegang wap air. Jadi, wap air yang berlebihan yang tak dapat dipegang tu akan bertukar jadi cecair.

car-aircond-service-acs42

Ala yang macam botol sejuk tu, bila korang letak dekat luar kan botol tu akan berpeluh. Proses ni lah yang di panggil kondensasi. Ok cer baca lagi sekali. Mana tau kali kedua baca boleh faham. Alhamdulillah..

Dekat dengan condenser ni biasanya terdapat filter drier. Sama ada attach bersama condenser ataupun berada selepas condenser. Baca tentang filter drier dekat sini.

servis-aircond-kereta-acs123
Filter drier yang diletakkan bersama condenser.

CONDENSER FAN

condenser-fan-aircond-kereta

Macam gambar dekat atas ni, tugas dia membantu menurunkan suhu dekat condenser tadi. Kalau tak da condenser fan ni, suhu gas tak dapat turun, jadi gas tak dapat bertukar jadi cecair. Tak lengkap proses kondensasi

Kalau aircond kereta kita tak sejuk, benda paling mudah untuk check adalah pusingan condenser fan ni. Kalau tak pusing langsung, of course aircond keta tak akan sejuk. Perlu check fuse dia, relay dan motor dekat fan tu. 

Lebih mudah, boleh datang terus ke acs untuk free checking masalah aircond kereta.

EXPANSION VALVE

expansion-valve-aircond-kereta

Komponen yang seterusnya, EXPANSION VALVE. Ingat tak cerita kondensasi dekat atas tadi? Kan dekat condenser gas dah bertukar jadi cecair kan. So, dekat sini, untuk dapatkan kesejukkan, cecair tadi kena bertukar jadi gas semula. 

Proses ni dipanggil evaporate (penyejatan). Tugas utama expansion valve ni adalah untuk turunkan tekanan dalam sistem aircond.

EVAPORATE @ PENYEJATAN

Kondensasi yang berlaku masa mula-mula tu, bukan setakat suhu je yang meningkat, tekanan pun meningkat tinggi. Ingat tak? Ini adalah sangat penting kerana dekat cooling coil nanti perlu berlakunya proses evaporate untuk menghasilkan kesejukkan. 

Bila cecair refrigerant sampai ke cooling coil, tekanannya telah dikurangkan, kandungan habanya akan turut sama berkurang (dengan bantuan expansion valve) dan menjadikannya lebih sejuk daripada angin dari kipas blower fan.Waktu ni refrigerant menyerap haba dari udara panas dan mencapai titik mendidih yang rendah dengan cepat dan kemudian menguap (menyejat), menyerap jumlah haba maksimum.

Haba ini kemudiannya dibawa oleh refrigerant dari cooling coil sebagai gas tekanan rendah melalui hos ke compressor, di mana kitaran penyejukan keseluruhan diulang-ulang selagi aircond kereta dihidupkan.

Bila kita on aircond kan kita nak udara yang sejuk, betul? Jadi untuk sejukkan seluruh ruang dalam keta tu memerlukan jumlah besar udara. Dekat sini lah tugas blower fan. Angin dari blower ni akan masuk ke arah cooling coil, dan kita akan rasa angin yang keluar dari cooling coil tu sejuk. Sebelum masuk cooling coil,angin ni biasa je, lepas masuk cooling coil, angin jadi sejuk. Nyaman dan mantap!

COMPRESSOR (suhu dan tekanan tinggi) > CONDENSER (kondensasi berlaku dengan bantuan condenser fan) > EXPANSION VALVE (tekanan diturunkan) > COOLING COIL (refrigerant “teruap” dengan bantuan blower fan) > Berulang semula di compressor, proses yang sama dan terus menerus.

COOLING COIL

COOLING COIL ataupun evaporator. Di sini berlakunya proses macam cerita dekat atas tadi, cecair  refrigerant berubah menjadi gas semula.

 Eh lupa pulak nak inform, ACS ada jugak cerita pasal sebab apa kita kena servis aircond walaupun aircond still sejuk. Baca kejap dekat sini

LOKASI ACS DEKAT MANA??

BLOWER FAN

blower-fan-aircond-kereta

Blower fan ni kalau rosak (tak berpusing), cooling coil kereta boleh beku. Bila cooling coil beku, refrigerant R134a tu tak dapat masuk pusing balik pergi ke compressor. Jadi, proses dan operasi sistem aircond akan terganggu. Mengakibatkan aircond kereta tak sejuk. 

HOSES & PIPES

komponen-aircond-kereta

Sistem aircond kereta ni sentiasa berada dalam keadaan tertutup ataupun dipanggil closed loop system. Tak boleh ada langsung unsur udara luar di dalam laluan refrigerant. Dari compressor, condenser, expansion valve, cooling coil dan patah balik semula ke compressor, adalah refrigerant R134a seratus peratus, 100%. 

Hose dan pipe inilah yang menjadi penyambung di antara komponen-komponen aircond kereta. Nama-namanya adalah discharge hose, suction hose, dan liquid pipe.

Sekian saja perkongsian kami untuk kali ni. Nak tau cerita pasal masalah kereta mustang Wak Doyok, boleh baca kejap cerita tu dekat sini.

TONTON VIDEO ACS!

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting

Read More »

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.

Read More »

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis

Read More »

4 Cawangan ACS Car Service

4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih

Read More »

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a

Read More »
mannol banner desktop