AIRCOND SEJUK LAGI, KENAPA PERLU SERVIS?
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa perlu buat servis untuk sistem aircond sedangkan aircond masih sejuk?
Minyak compressor sangat penting. Selain melincirkan, minyak ni jugak melindungi, membersih, menyerap haba, dan bertindak sebagai sealer dalam compressor. Kami ada kongsikan tentang kepentingan minyak compressor ni dekat sini.
Cuba bayangkan bila minyak yg dah hilang sifat-sifatnya. Boleh mengakibatkan kerosakan teruk tu.
Elakkan amalan menambah atau topup minyak compressor, ini boleh sebabkan masalah sistem tersumbat akibat minyak yang terlalu berlebihan.
Tips utk aircond kereta sentiasa sejuk dan tahan lama, tukar minyak compressor secara berkala.. Ini adalah sebab utama kena buat servis aircond walaupun masih sejuk.
Jom baca tentang kepentingan minyak compressor aircond kereta dekat sini.
PARTS TERLIBAT YANG PERLU DITUKAR ATAU DI SERVIS.
Ya apakah perkara yang terlibat dalam servis sistem aircond kereta ni? Untuk pastikan sistem aircond kereta bekerja dengan efisyen, minyak compressor perlu lah ditukar baru. Tidak lupa juga filter drier yang ada. Info lanjut di sini .Kena tukar baru juga. Barulah mantap,smooth dan risiko kerosakan sistem aircond kereta dapat dikurangkan.
Penukaran minyak compressor perlu dipastikan benar-benar tukar, dan bukannya di topup. Amalan topup minyak compressor aircond ni sebenarnya tak elok sebab boleh bayangkan apa akan jadi bila minyak baru bercampur dengan minyak yang lama. Sudah tentu minyak baru tu akan jadi kotor.
Jadi, sila ambil perhatian dan berhati-hati sewaktu servis aircond kereta dilakukan. Pastikan minyak compressor telah ditukar baru dan filter drier pun ditukar baru.
Oh ya, cabin filter pun sangat penting ya. Kalau terlalu kotor, angin blower susah nak lepas dan cabin filter yang kotor ni juga boleh menjejaskan kesihatan kita. Bacaan lanjut tentang cabin air filter aircond kereta
Rasanya kena tukar ke atau topup? Yang mana lebih baik? Ya semestinya tukar minyak compressor lebih baik.
Jadi, tukar minyak compressor ni macam mana proses dia? Pernah tukar minyak compressor aircond kereta tak? Bila waktu yang sepatutnya kita tukar minyak compressor aircond ni?
Nak tau lebih lanjut? Bacaan lanjut ada di sini.
TESTIMONI
JADI DEKAT MANA ACS CAR SERVICE NI?
ACS Car Service – Pakar Aircond Kereta Anda! beroperasi di Taman Seri Rampai Setapak (HQ) dan Kajang (branch). Kami ada kongsikan maps ke acs dekat sini.
Waktu operasi kami adalah setiap hari Isnin hingga Sabtu, bermula 9 pagi hingga 6 petang. Dan setiap hari Ahad adalah hari cuti. (Pomen berehat charge power)
TONTON VIDEO KAMI
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan indah. Sebelum sampai
4 Cawangan ACS Car Service
4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a