bangunan acs
PAKAR AIRCOND KERETA
4.5 Rating
4.5/5

MASALAH AIRCOND KERETA TOYOTA

PERHATIAN KEPADA ANDA YANG MEMILIKI KERETA TOYOTA, ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH AIRCOND SEPERTI INI...

Yang pertama, sewaktu aircond dan enjin kereta dihidupkan , anda terpaksa menekan pedal minyak ( rev up engine speed ) baru dapat rasa aircond mulai sejuk. Tetapi setelah beberapa minit kemudian sedang kereta idle , angin aircond yang sejuk tadi beransur hilang.

mannol-section-product

Atau situasi yang kedua, sewaktu terperangkap dalam traffic jem yang teruk , aircond mula mengeluarkan bahang yang panas sehinggakan terpaksa matikan aircond dan buka tingkap.

mannol logo for mannol section

Atau situasi terakhir, sewaktu kereta bergerak , sejuk berkurang secara tiba-tiba diakhiri dengan rasa bahang yang panas , tapi bila berhenti rasa sejuk mula datang kembali ? ( Berbeza dengan situasi yang pertama dan kedua )

Model-model kereta Toyota yang gunakan compressor jenis VDC

ESTIMA / ALPHARD / VELLFIRE / CALDINA / ALTIS / CAMRY / HARRIER /  WISH

Kelebihan Variable Displacement Compressor ( VDC )

Untuk pengetahuan semua, compressor jenis VDC ini boleh melaraskan kepadatan mampatan untuk diselarikan dengan keperluan suhu sejuk dalam kereta anda.

Compressor aircond Toyota Wish.

Perkara penting tentang Variable Displacement Compressor ( VDC) yang perlu anda tahu

  1. Jumlah kuantiti dan kualiti minyak yang ada dalam compressor.Sekiranya minyak yang ada dalam compressor ini sangat kurang atau tiada langsung, solenoid control valve yang terdapat pada compressor VDC ini tidak akan engage.
  2. Oleh sebab yang demikian, ini akan mengakibatkan compressor VDC tadi tidak dapat memampatkan gas R134a untuk melengkapkan proses penyejukan.
    Solenoid control valve ini boleh mengesan sama ada minyak yang terdapat dalam compressor adalah kurang atau tidak.
  3. Dan sekiranya minyak dalam compressor kurang, solenoid control valve tersebut akan menghantar signal kepada ECU supaya compressor berhenti bekerja.
  4. Ini adalah safety feature yang terdapat pada sistem bekerja compressor VDC.
    Tujuannya adalah untuk mengelakkan kerosakan yang teruk berlaku dalam sistem aircond kereta Toyota anda kerana minyak yang kurang boleh mengakibatkan seluruh komponen dalam sistem aircond terjejas.
Berbeza dengan compressor yang lain, compressor VDC tidak menggunakan magnet. Compressor aircond VDC ini menggunakan SOLENOID CONTROL VALVE.

Sebab apa pentingnya servis flushing untuk tukar minyak compressor ni penting?

Boleh baca kejap dekat sini.

Tak pernah buat servis flushing tukar minyak compressor ke? Nak tau lebih lanjut pasal servis flushing ni, boleh amik masa kejap baca pasal benda penting ni. Jom baca kejap!

PENYELESAIAN MASALAH INI

Ada tiga cara yang pernah kami gunakan. 
Tetapi paling terbaik dan memberikan penyelesaian penuh adalah cara yang ketiga.

1. CARA PERTAMA : Buat servis flushing untuk flush buang minyak compressor yang lama dan masukkan minyak compressor yang baru.
2. CARA KEDUA : Tukar solenoid control valve yang baru dan buat servis flushing sekali.
3. CARA KETIGA : Tukar sebiji compressor baru original. Sebelum tukar flush sistem terlebih dahulu. 

Compressor original denso.

KENAPA ACS PILIH CARA YANG KETIGA?

Cara pertama dan kedua, kami kerap mendapat hasil yang sama iaitu masalah masih tidak selesai. Situasi dan symptom masih juga berlaku.

Ada kes yang kami tukarkan solenoid control valve yang baru original pun tak bertahan lama. Selepas 2,3 bulan pakai, masalah kembali berulang.

Dan perkara ini memberi masalah kepada acs dan juga pemilik kereta.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk terus menyarankan kepada pemilik-pemilik kereta yang menggunakan compressor jenis VDC ini terus tukar compressor baru original dan jaga servis untuk sistem aircond kereta mereta secara berkala supaya jangka hayat dan sistem dapat bekerja dengan cemerlang menghasilkan suhu sejuk sentiasa.

LOKASI ACS DEKAT MANA??

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting

Read More »

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.

Read More »

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis

Read More »

4 Cawangan ACS Car Service

4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih

Read More »

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a

Read More »
mannol banner desktop