bangunan acs
PAKAR AIRCOND KERETA
4.5 Rating
4.5/5

PERODUA MYVI PALING BANYAK TERKENA MASALAH MINYAK COMPRESSOR HITAM LEGAM!

Khas untuk bacaan semua dan pengguna-pengguna Perodua Myvi. Kami di ACS terlalu banyak terima kes dan masalah aircond dari model Myvi ni. 

Paling teruk sekali dan terlalu banyak adalah masalah minyak compressor dah bertukar menjadi hitam legam!

servis-aircond-kereta
Minyak compressor dah bertukar menjadi hitam legam! Kerosakkan teruk telah berlaku.

KENAPA MASALAH NI BERLAKU?

Untuk pengetahuan kita bersama, di dalam compressor aircond tu terdapatnya minyak yang bertugas sebagai bahan pelincir. Minyak compressor ni sangat penting tetapi tak ramai yang tahu bahawa minyak compressor ni perlu ditukar bila dah tiba masanya.

Tapi kebanyakkan Myvi yang datang ke ACS terpaksa tukar keseluruhan komponen aircond disebabkan minyak compressor dah bertukar menjadi hitam legam. 

Masalah ni berlaku disebabkan minyak dah hilang kuasa pelinciran disebabkan terlalu lama tempoh masa minyak compressor tu bekerja. Sepatutnya dan amat disarankan minyak compressor ditukar setiap 30,000 KM ataupun setahun sekali untuk mengurangkan risiko kerosakan teruk seperti masalah ni.

filter-drier-acs-8
Bila masalah ni berlaku, keseluruhan komponen sistem aircond terpaksa ditukar. Belanja untuk masalah ni sangat besar!

APA YANG BERLAKU PADA MINYAK COMPRESSOR TU?

Minyak compressor dah bercampur dengan habuk besi halus, hasil geseran kuat di dalam compressor akibat kegagalan minyak compressor yang sepatutnya berfungsi sebagai pelincir. 

Bayangkan minyak yang dah bertahun tak ditukar, dah tentu minyak tu langsung hilang kuasa pelinciran.

servis-aircond-kereta-acs-3
Inilah warna perbezaan minyak compressor baru dengan minyak compressor aircond yang lama.

APA YANG PERLU BUAT BILA MINYAK COMPRESSOR DAH HITAM?

Ada yang tukar compressor sahaja dan parts yang lain dicuci. Tapi cara ni memang tak akan tahan lama. Kurang dari seminggu compressor yang ditukar tadi minyaknya akan bertukar menjadi hitam semula.

Tiada cara yang lain yang lebih berkesan melainkan menukar keseluruhan aircond parts. Selepas masalah ni selesai, pastikan lakukan servis flsuhing untuk tukar minyak compressor secara berkala.

filter-drier-acs-6
Boleh nampak habuk besi dah terhasil dan memang boleh rosakkan seluruh sistem aircond kereta.

SERVIS FLUSHING DAPAT KURANGKAN RISIKO ROSAK TERUK BERLAKU

Sebelum minyak compressor aircond ni bertukar menjadi hitam ada baiknya kita buat servis flushing buang minyak compressor.

Minyak compressor yang kotor ni dibuang dengan menggunakan mesin aircond khas.

Memang dapat membantu kurangkan risiko kerosakan dalam sistem aircond kereta.

Kami ada kongsikan cerita tentang servis flushing ni dekat sini.

acs-car-service-88
Compressor dan condenser juga terpaksa ditukar.
servis-aircond-kereta
Dashboard dibuka untuk keluarkan cooling coil.
servis-aircond-kereta
Minyak compressor hitam telah merebak!
acs-car-service-87
Keseluruhan komponen sistem aircond terpaksa ditukar.

LOKASI ACS DEKAT MANA??

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting

Read More »

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU

KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.

Read More »

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?

BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis

Read More »

4 Cawangan ACS Car Service

4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih

Read More »

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a

Read More »
mannol banner desktop