ADA 6 BENDA BOLEH CHECK KALAU TIBA-TIBA AIRCOND TAK SEJUK
1. CHECK CLUCTH MAGNET COMPRESSOR
Clutch magnet ni boleh tengok dulu , kalau dah cair macam gambar ni memang kena tukar clutch magnet set yang baru lah jawabnya.
Menghadapi tekanan kepanasan yang melampau dan tambahan pula tak pernah buat servis flushing tukar minyak compressor, ini lah antara akibatnya.
Masa check clutch magnet ni, boleh la check belt compressor sekali. Biasanya sebelum putus, akan nampak kesan crack terutamanya di bahagian dalam belt. Kalau belt putus, memang aircond tak akan sejuk.
2. CHECK FUSE COMPRESSOR
Bukak cover fusebox dekat bahagian engine.
Cari fuse compressor. Kebiasaannya manufacturer letak nama A/C COMP. Check fuse tu sama ada putus atau tak. Korang akan perasan kondisi antara fuse putus dengan fuse yang masih elok.
Kalau putus tukarkan yang fuse baru setel. Masalah selesai.
Kalau masuk yang baru tak sampai 5 minit, fuse putus semula , besar kemungkinan tu masalah magnet compressor short circuit.
3. CHECK RELAY COMPRESSOR
Dekat fusebox tu jugak ada compressor relay . Relay ni petak macam dekat dalam gambar bawah ni. Manufacturer biasa letak nama A/C COMP RELAY.
Sebelum ni dah check fuse, kalau fuse tak putus, boleh try swap relay compressor ni dengan relay horn atau mana-mana relay yang sama yang ada dekat fusebox tu.
Selepas swap relay compressor hidup, maka confirmlah relay compressor aircond dah kong. Tukarkan relay yang baru inshaAllah selesai masalah.
Tapi kalau compressor masih tak engage lepas swap relay, boleh proceed ke step yang berikut di bawah.
4. CHECK KEHADIRAN GAS
Kebiasaannya masalah tiba tiba tak sejuk ni jugak melibatkan gas aircond. Kalau gas dalam sistem aircond langsung tak ada atau sangat kurang, memang compressor tak akan berfungsi.
Sediakan kunci dan sehelai kain atau tisu.
Gunakan kunci ada tu untuk cucuk valve nipple yang ada dekat pipe aircond.
Kain atau tisu yang ada tadi tu gunakan untuk tutup sikit kunci dan bahagian tangan korang masa nak check gas ni.
Akan dapat rasa gas aircond keluar dengan kuat jika gas aircond masih ada.
Tapi, bila kita cucuk valve tu, langsung tak da tekanan atau slow je gas yang keluar, maka confirm lah bahawa ada masalah kebocoran gas dalam sistem aircond.
INFO ANGGARAN HARGA? KLIK BUTTON BAWAH NI
5. CHECK PRESSURE SWITCH
Lepas check condition clutch ok, fuse pun ok, relay pun ok , gas pun ok, maka boleh proceed untuk langkah yang berikutnya iaitu bypass pressure switch.
Dekat mana letaknya pressure switch ni? Kebiasaannya pressure switch ni ada dekat bahagian liquid pipe. Liquid pipe yang menghubungkan condenser dengan expansion valve dan cooling coil.
Kalau pressure switch ni rosak, compressor tak akan hidup. Sediakan wayar yang pendek.
Cabut soket pressure switch tu, dan boleh cuba bypass switch tu macam dalam gambar dekat bawah ni.
Kalau compressor hidup lepas bypass, maka dengan ini confirmlah pressure switch dah rosak. Gantikan yang baru untuk selesaikan masalah ni.
6. CHECK CURRENT SUPPLY
Semua benda dekat atas tadi dah check, tapi masih tak jumpa masalahnya, boleh teruskan langkah yang terakhir iaitu check current supply di soket wayar ke compressor aircond.
Kalau current supply ada , maka kita boleh katakan confirm clutch magnet compressor yang dah rosak.
Untuk check current supply ni, perlu gunakan alatan khas iaitu test lamp.
Memang agak leceh sikit langkah nak check current supply ni. Kesabaran kena tinggi dan kental sikit tahan kepanasan sebab perlu seluk-seluk sikit tangan untuk capai soket wayar compressor.
LOKASI ACS YANG LAIN DEKAT MANA?
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA!
Kepada anda semua yang ada masalah aircond kereta, usah gusar dan risau, kami sedia bantu untuk check masalah aircond tu secara percuma.
Sebenarnya tak perlu pun susah-susah untuk check sendiri. Sebab apa? Sebab ACS tawarkan servis free checking untuk masalah aircond kereta.
Nak jemput anda baca kejap tentang masalah yang biasa berlaku untuk sistem aircond kereta. Boleh klik dekat sini.
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan indah. Sebelum sampai
4 Cawangan ACS Car Service
4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS. Jutaan terima kasih
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum memasukkan gas R134a