SISTEM AIRCOND KERETA
Sistem aircond kereta memang agak teknikal sikit untuk kita fahamkan. Bekerja dalam keadaan tekanan tinggi dan rendah dan mempunyai beberapa komponen yang penting untuk berfungsi cemerlang.
Cuma di sini, kami cuba kongsikan kepada anda seberapa ringkas yang untuk memudahkan kita semua memahami kerja dan operasi sistem aircond kereta ni.
TEKANAN SISTEM AIRCOND KERETA
Bekerja dalam dua keadaan tekanan. Tekanan tinggi (high pressure side) dan tekanan rendah (low pressure side)
HIGH PRESSURE SIDE
Tekanan tinggi yang dihasilkan adalah sekitar 180~220 psi dan jika mempunyai bacaan kurang atau lebih dari bacaan ni, bermaksud ada masalah yang sedang berlaku.
High pressure side ni guna meter warna merah. Merah yang bermakna tekanan tinggi dan panas.
LOW PRESSURE SIDE
Tekanan yang ada di sini adalah sekitar 25~35 psi dan jika mempunyai bacaan kurang atau lebih, bermaksud terdapat masalah yang berlaku dalam sistem.
Menggunakan meter berwarna biru yang menunjukkan sejuk dan bertekanan rendah.
KONDENSASI & PENGELUWAPAN
Proses kondensasi dan pengeluwapan ada berlaku dalam sistem aircond kereta. Sifat refrigerant R134a berubah.
Cerita lebih lanjut tentang proses kondensasi dan pengeluwapan dalam sistem aircond kereta ni kami ada kongsikan di sini.
7 KOMPONEN PENTING
Terdapat 7 komponen yang terlibat dalam sistem aircond kereta.
Komponen yang terlibat adalah :
- Compressor
- Condenser
- Condenser fan
- Expansion valve
- Cooling coil (evaporator)
- Blower fan
- Hose & pipe
MASALAH YANG BERLAKU
Banyak masalah yang boleh berlaku dalam sistem aircond kereta. Antaranya adalah magnet compressor rosak, kehabisan gas sebab ada masalah bocor, kipas condenser tak berfungsi dan macam-macam lagi.
Boleh teruskan bacaan tentang masalah dan punca yang menyebabkan aircond kereta tak sejuk di sini.
CARA RINGKAS UNTUK CHECK MASALAH AIRCOND KERETA
Menggunakan deria mata kasar dan melibatkan penggunaan aircond manifold gauge. Macam mana caranya? Klik sini.
PEMERIKSAAN PERCUMA
Di ACS, kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan masalah aircond kereta secara percuma.
Ya betul ianya percuma. Dengan kepakaran , pengalaman dan alatan yang cukup kami bersedia untuk membantu kepada sesiapa menyelesaikan masalah aircond kereta kepada sesiapa yang memerlukan.
Caranya mudah, untuk dapatkan pemeriksaan percuma ni, hanya perlu buat appointment di sini.
VIDEO PENERANGAN RINGKAS READING PRESSURE SISTEM AIRCOND KERETA
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis