SALAH FAHAM UV GAS LEAK DETECTOR
Ada orang kata yang botol kecik ni adalah oil treatment dan penyelesaian segala masalah aircond kereta. Katanya kena pakai benda ni, dan aircond pasti akan sejuk.
Tapi adakah perkara ni adalah benar atau ia hanya satu tanggapan yang salah dalam masyarakat kita? Kali ni, kami akan berkongsi kepada semua untuk merungkai salah faham dan kekeliruan tentang uv gas leak detector.
JENIS UV GAS LEAK DETECTOR
Benda ni kebiasaannya dipackingkan menjadi botol kecik atau botol sederhana.
Seperti dalam gambar dekat atas, botol yang kecik tu kandungannya 10ml minyak UV yang fluorescent. Tanpa gas di dalamnya.
Berbeza dengan botol yang sederhana tu pulak, kandungannya 80ml.
Di dalamnya ada 20ml minyak UV fluorescent dan lebihan lain 60ml adalah gas R134a.
FUNGSI SEBENAR UV GAS LEAK DETECTOR
Fungsi utama benda ni ialah membantu memudahkan kerja mengenal pasti punca masalah kebocoran gas dalam sistem aircond kereta.
Terdapat minyak compressor flourescent yang berwarna hijau. Minyak ni akan ikut keluar sekali jika berlaku masalah gas aircond bocor.
Sangat mudah bila disuluh guna torchlight UV, minyak ni akan bersinar. Jadi masalah bocor gas senang nak confirmkan.
CARA GUNA UV GAS LEAK DETECTOR
Sebelum masukkan UV gas leak ni, kita kena buat visual checking dulu. Andai memang tak ada nampak apa-apa kesan kebocoran gas, kita masukkan UV gas leak ni menggunakan aircond manifold gauge. Rujuk di sini untuk perkongsian tentang visual checking masalah kebocoran gas.
Cara yang ni, kalau kita nak DIY agak susah sebab kena ada alatan dan basic pengetahuan cara isi gas aircond kereta. Guna UV gas leak jenis botol sederhana tu. Datang bersama R134a gas.
Atau jika gas memang langsung tak ada dalam sistem, boleh buka suction hose pada compressor dan masukkan secara manual UV gas leak ni. Kita guna UV gas leak jenis botol kecik tu ye.
TANGGAPAN SALAH
UV gas leak detector ni BUKAN oil treatment yang dapat bersihkan minyak compressor aircond. Tak ada cara lain untuk bersihkan minyak compressor melainkan menukarnya dengan minyak yang baru.
Minyak compressor aircond kereta ditukar secara manual ataupun automatik menggunakan mesin flushing. Cerita tukar minyak compressor ada dekat sini.
Sekali lagi, untuk info semua, UV gas leak ni adalah bahan bantuan untuk membantu mengesan masalah kebocoran gas dan bukanlah oil treatment yang membersihkan minyak atau sistem aircond kereta.
PENUTUP
Diharap perkongsian pendek ni dapat beri sedikit kefahaman kepada semua. Jika ada masalah aircond kereta tak sejuk, boleh baca sekejap tentang punca dan masalah aircond kereta dulu. Rujukan di sini.
TONTON VIDEO KAMI
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 90% enjin kereta yang ada sekarang ni perlukan dua perkara penting yang utama untuk enjin berfungsi dengan efisyen. Dua perkara penting
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah dekat Johor ni.
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita ni? Jawapannya??Buat servis