AIRCOND KERETA BERBAU
Masalah aircond kereta berbau ni ada banyak jenis. Ada bau busuk bangkai, ada bau masam, ada bau busuk kepam. Dan macam-macam lagi lah. Jadi tak tenteram bila masalah ni jadi. Siapa dapat tahan drive dengan bau busuk bangkai?
PUNCA AIRCOND BAU BUSUK
Secara mudahnya bau busuk yang terhasil ni adalah disebabkan kotoran habuk yang lalu di dalam laluan aircond kereta dah melekat pada cooling coil dan cabin filter
Habuk ni menjadi terlalu tebal dan ada kes yang berlaku, habuk tadi menjadi lendir yang melekat dan berbau sangat busuk.
Selain tu, ada kes tikus dan cicak dapat masuk tapi tak dapat keluar. Dan tak lama, mati dan menjadi bangkai.
Ada satu kes ni, owner tak tahan sangat bau bangkai ni, mintak tolong towing datang dan bawa kereta beliau ke ACS. Sampai macam tu sekali masalah bau busuk ni menjadi kesulitan kepada tuan punya kereta.
CARA PENYELESAIAN
Apa yang perlu dilakukan bila masalah aircond berbau ni jadi?
1. Tukar cabin filter baru.
2. Keluarkan cooling coil dan lakukan servis untuk bersihkannya.
3. Casing cooling coil haruslah dibersihkan sekali.
4. Jangan lupa bersihkan blower fan.
5. Lakukan juga servis flushing untuk tukar minyak compressor. Cerita lanjut ada di sini.
MEMPERKENALKAN MANNOL AIR-CON FRESH
Satu produk yang baik dan boleh anda cuba gunakan adalah Mannol Air-Con Fresh.
Produk ni berkesan dan cepat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, bakteria, kulat dan menghalang bendasing ni daripada terbentuk semula.
CARA PENGGUNAAN
Mulakan dengan keringkan cooling coi dulu, macam mana tu?
Tetapkan pengudaraan sistem aircond yang berikut selama 10 minit :
1. Start enjin kereta
2. Aircond button OFF, hanya hidupkan blower sahaja.
3. Blower fan speed laraskan kepada maksimum.
4. Mode recirculation ON.
5. Laraskan angin blower hanya kepada arah kaki.
6. Biarkan setting ni selama 10 minit.
Selepas 10 minit :
1. Goncangkan Mannol Air-Con Fresh sebelum guna.
2. Aircond button masih OFF, hanya hidupkan blower sahaja.
3. Blower fan speed maksimum.
4. Mode recirculation ON.
5. Laraskan angin blower pada cermin windscreen pula.
6. Selepas goncang, letakkan ia pada kawasan kaki passenger menghadap blower fan yang ada dekat belakang glove box.
7. Pastikan pintu kereta ditutup rapat.
PERKONGSIAN KAMI YANG LAIN
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT?
SERVIS FLUSHING AIRCOND KERETA MELAKA – BILA PERLU BUAT? Ramai masih confuse apa sebenarnya ni flushing aircond kereta? Flushing aircond ni proses bersihkan sistem aircond kereta daripada minyak
acscarservicemelaka
ACS CAR SERVICE KINI DI MELAKA – CAWANGAN KE-7 ACS Alhamdulillah. ACS Car Service Klebang kini rasmi menjadi cawangan ke-7 ACS Car Service di Malaysia. Sebelum ni ACS
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG
KEDAI AIRCOND KERETA MELAKA – ACS CAR SERVICE KLEBANG Dekat Lorong Pandan Klebang Aircond kereta korang tiba je tak sejuk? Lagi-lagi cuaca Melaka ni siapa boleh tahan? Dah