ACS Car Service - Pakar Aircond Kereta Anda
Tentang ACS
SEJARAH PENUBUHAN
Pada bulan November 2011, lapan tahun yang lepas, ACS Car Service telah didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pada ketika itu, ACS yang masih muda dan bersemangat waja bak api julang yang marak telah mengenalkan khidmat servis bengkel pertamanya kepada umum dengan nama ACS Motorworks. (acsmotorworks)
Menyewa premis perniagaan pertama yang terletak di Taman Permai Jaya Ampang Selangor setelah hampir sebulan, masa yang di ambil, beronda-ronda di sekitar kawasan Lembah Klang untuk mencari premis yang sesuai pada waktu itu.
Dan akhirnya keputusan telah dibuat seterusnya seusai siap kerja-kerja renovasi kecil bermulalah kerja servis dan baik pulih ACS julung kalinya buat kali pertama pada hari Jumaat tanggal 10 Febuari 2012.
LANGIT TAK SELALUNYA CERAH
Setelah hampir 3 tahun beraksi di Ampang, akhirnya pada tanggal 1 Mac 2015, acsmotorworks telah membuat keputusan untuk berpindah buat kali yang pertama setelah berlaku masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan ketika itu.
Berpindah ke premis yang baru terletak ditengah kota bandaraya dan memulakan operasi di Jalan Raja Mahadi Kg Baru Kuala Lumpur. Dan ketika ini nama acsmotorworks telah ditukar nama (brand) kepada ACS Kg Baru untuk tujuan pemasaran di tempat yang baru.
Setelah bertungkus lumus memerah keringat dan usaha bersungguh-sungguh selama hampir 2 tahun di Kg Baru , terlahirlah ACS Kg Baru 2 pada tanggal Januari 2017.
Pembukaan premis yang kedua ketika itu adalah bertujuan menampung jumlah pelanggan dan memberikan keselesaan kepada mereka ketika berkunjung ke ACS untuk servis dan rawat kenderaan.
PERPINDAHAN KEDUA
Beroperasi di lokasi kg baru tesebut sebenar-benarnya sangat mencabar. Bermula dengan tempat yang berpasir dan simen lantai pecah teruk, kekurangan atap bumbung untuk berteduh, namun kami mulakan segala nya semula dengan semangat yang kuat dan membara.
CAWANGAN ACS YANG KEDUA
Bermula 1 April 2019, kami telah meluaskan dan mengembangkan lagi khidmat servis kami di kawasan jajahan Kajang dan Bangi Selangor untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang jauh untuk datang ke cawangan Seri Rampai Setapak KL ( HQ ).
Branch kedua ACS telah mula beroperasi di Kajang yang beralamat di Kawasan Perindustrian Kajang. Cawangan ini bersebelahan dengan Bangi Square dan Hentian Bas Kajang.
CAWANGAN ACS KETIGA DAN KEEMPAT
Syukur Alhamdulillah!
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua yang telah menyokong kami selama ini, pada Febuari 2020, ACS Car Service telah membuka 2 cawangan baru di Pandan Indah Ampang dan Pasir Gudang Johor.
Pembukaan cawangan-cawangan baru adalah untuk memenuhi dan memudahkan para pelanggan dan anda semua untuk datang ke ACS.
Ramai antara kalian tidak dapat datang ke ACS kerana terlalu jauh dari tempat tinggal.
InshaAllah di masa hadapan ACS akan meluaskan lebih banyak cawangan di sekitar lembah klang dan semenanjung Malaysia. Doakan kami.
Terima kasih semua. Alhamdulillah.
Bunyik apa tu bila on aircond? Tak risau ke?
Bila Aircond Tak Sejuk Kena Topup Gas ..Betul Ke?
ACS- Kami Bersedia Membantu Anda! Servis Aircond Kereta
BERAPA HARGA UNTUK SERVIS ATAU REPAIR AIRCOND KERETA?
BERAPA HARGA UNTUK SERVIS ATAU REPAIR AIRCOND KERETA? Sebenarnya harga untuk servis dan repair sistem aircond kereta ni subjektif. Sebab apa ya? Untuk makluman semua,
KENAPA ANDA WAJIB BUAT SERVIS AIRCOND KERETA?
KENAPA ANDA WAJIB BUAT SERVIS AIRCOND KERETA? Terlalu ramai yang masih tak tahu tentang servis aircond kereta ni. Mereka beranggapan bila kereta sudah di hantar
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan
Aircond Kereta Anda Perlu Servis Atau Repair?
Aircond Kereta Anda Perlu Servis Atau Repair? Semua masalah aircond yang akan kami kongsikan ni berisiko tinggi untuk berlaku sekiranya servis berkala untuk sistem aircond
Kenapa nak kena servis minyak engine on time?
Kenapa nak kena servis minyak engine on time? Kita cerita sikit tentang enjin pula..asyik cerita aircond je.. Minyak enjin ni fungsi dia melincirkan pergerakan komponen
BERAPA LAMA MASA YANG DI AMBIL UNTUK SERVIS AIRCOND KERETA?
BERAPA LAMA MASA YANG DI AMBIL UNTUK SERVIS AIRCOND KERETA? Ramai yang bertanyakan tentang berapa lama masa yang di ambil untuk servis aircond ni? Untuk